My Half Heart~
Tuesday, October 8, 2013 | 9:47 PM | 0 comments
//assalamualaikum//
Hai and hai. Wahh baru ada masa nak update. But here have a sad story. Wanna read? Continue it. Doesn't want to read? It's okay. One week school days accompanied by tears. Friends by friends advice me. Mom always beside me. Doa with zikir always infusion in my heart and mind. Why the mess thing come into my life? Mom said "Bila kegembiraan datang maka bersedialah dengan kesedihan yang akan mejemput. Bila kesedihan datang berusahalah mendapat kegembiraan daripada Allah" It's all about my biskut beras.
The story begin in 17 april 2013. First day I meet hamba Allah yang sangat peramah. On the day,saya terpaksa keluar nak photostat. Lepas siap-siap pakai ala ala sakai habis ajee wating for nina dekat depan rumah. Then nina arrived with her motorcycle and her sister.In this area only two place yang menjual photostat kertas.Satu kedai komputer and the other pc or cc.Nak pergi pc? Ohnonono.Terpaksalah pergi kedai komputer tu.
Then sesudah menapaknya dekat kedai tu, intai lah ada ke tak orang dalam kedai tu.Alamak ternampak seorang hamba Allah yang sedang memerhati dan memang tak kenal lah siapa. nina "zati kita bengang lah nak masuk,kenapa lelaki tu nampak macam pelik ajee.?" me"takpe biar kita masuk dulu eh,awak follow lah." saya pun bukak pintu kedai tu yang transparent tu (orang luar nampak orang dalam,orang dalam nampak orang luar)
Tetiba ketak pulak lutut ni,ahh nak taknak masuk ajelah. Then masa photostat macam-macam lah pulak hamba Allah ni menanya,kang dapat juga sepak aku. Tapi dia comel tauu,rambut curly pulak tu,wuahahahah. Alah layankan ajee kot. Pergh masa tu takda mood and rasa macam putus asa dengan hidup ni sampai jee menapak dekat kedai tu happy gila kot,nasib tak gila. So the stranger man tu terus dijadikan semangat.
*Psttt panjangnya cerita ni*
Seminggu straight saya datang kedai tu semata-mata nak tengok awak.Thanks for classmate sebab tempah photostat banyak-banyak.Datang pulak hari sabtu kepada saya,saya jadi rapat dengan awak masatuh.Yeay saya dapat twitter awak.Bermulalah misi saya nak mengorat awak,hahahaha.Sebelum tu saya dapat tahu nama awak dari tuan kedai yang sporting gilaa habis tu.Nama awak akhmal :') *My heart breaks a little when I hear your name* Haritu dari petang sampailah ke maghrib saya lepak dengan awak,for me itulah kenangan yang paling saya sayang.Awak online fb,saya kacau awak.Awak tengah chat dengan member lelaki awak saya tulis dekat situ "ILOVEYOU" then awak baca sambil ketawa,tiba-tiba awak type sendiri "ILOVEYOUTOO" ya Allah masatuh nak kata saya suka,of course lah kan.Tapi saya tahan sebab saya tak tahu hati awak macam mana. "Ya Allah kalau dia jodohku kuatkanlah ikatan kami." hanya ini sahaja yang meniti di hati dan mulut saya selama kenal awak :)
Satu hari tu saya pergi kedai,tengok awak tak ada tapi saya nampak printer kesayangan awak tu. Saya pun text dekat awak
"Awak tak kerja ke?"
"Tak,awak cari saya ke?"
"Hmm,awak tahu tak saya nampak apa dekat kedai tadi?"
"Apa dia.?"
"Saya nampak printer kesayangan awak lah."
"Ohhhhh,sayang saya kee sayang printer saya? Hahahhaa"
"Hahahahaha,printer........."
"Okay fineee :( pergi laa dekat printer kita"
"Ehh ayat belum habis laaa.Sayang printer punya tuan :p merajuk pulak diaa."
"Hahahaha :p hmmm mesti laaa,printer tu boleh buat ape je dekat awak :p"
"Printer boleh photostat kerja untuk sayaa.Awak boleh buat apa je?"
"Hahahaha,sayaa boleh buat awak bahagia."
Ya Allah bahagia yang datang dekat saya macam durian runtuh.
Awak hadir macam mimpi. Awak selau tweet pasal saya,masa tu awak lah yang paling care pasal saya. Awak kawan yang saya sayang sampai ke dunia akhirat. Semoga Allah selalu berkati awak.
Kita selalu wechat sama-sama awak tanya saya,kenapalah saya suka sangat dekat awak.Dengan ikhlas dan datang dari hati saya pun jawab "Saya suka awak dari mata awak,then hidung awak,pipi awak,mulut awak juga,sampailah satu masa nanti hati awak,insya'allah.Ianya datang daripada Allah,kerana Allah ynag mencipta awak."
Tapi tu semua tinggal kenangan terhebat saya. Satu hari tu saya dari Terengganu tergesa-gesa nak balik johor. Yang saya tahu saya nak datang tuisyen,ada sesuatu yang menarik saya pada masa tu.Hati saya pun gelisah semacam.Maghrib tu nina hantar text dekat saya yang awak ada IM dia. Then sampai dekat tuisyen nina pun cakap dekat saya,awak IM nina,awak cakap awak rindu saya,awak cakap saya garang. Series talk awak bukan yang pertama cakap saya garang. K pineapple,saya terima dengan hati terbuka.Satu malam cerita pasal awak jee,pukul 12 lebih saya stalk awak dekat twitter and fb.Ya Allah hanya Allah je yang tahu betapa rindunya saya dekat awak.
Tiba-tiba esoknya saya dapat tahu salah sorang kawan saya bernama Aqmal meninggal.Saya berharap sangat bukan awak.Tapi ia takdir yang telah tertulis oleh Allah.Malam tu saya call nina.Betapa luluhnya hati saya,dapat tahu yang awak pergi meninggalkan saya.Air mata saya,setitik demi setitik jatuh.Kenapa Allah tetapkan begini? Awak pergi tak beritahu saya pun.kenapa awak tak jemput saya juga?Lama sangat saya tak dapat terima,saya bersedih selama empat hari.Saya takkan percaya selagi saya tak jumpa rumah awak atau RUMAH BARU awak.Kawan-kawan saya semua bagi semangat tapi pada masa tu apa yang saya tahu menangis.
Nina dengan saya tekad nak cari RUMAH BARU awak. Saya tanya ikaa,kimi,ammar semua saya tanya tapi dorang jawab "Hmm,tak tahu lah." Takpa saya tetap nak cari. Akhirnya saya and nina pergi lah satu tanah perkuburan ni,dengan harapan awak ada dekat situ tengah menanti kedatangan saya.Saya tanyalah makcik and pakcik yang sedang mencari rezeki yang halal disamping menanmbah pahala dan mendekatkan diri kepada Allah yang juga bekerja di tanah perkuburan dekat situ.Akhirnya saya jumpa rumah baru awak.Air mata saya bercucuran di setiap perjalanan saya yang menuju ke RUMAH BARU awak.Awak,saya datang.Awak dengar kan? Saya minta maaf sebab menangis meratapi pemergian awak,tapi hati saya tak kuat dan tak tabah. Saya minta maaf sangat-sangat.
Ya Allah tabahkanlah hati hamba mu ini.Sesungguhnya aku hambamu yang lemah.Ya Allah tempatkan lah Almarhum Muhammad Akhmal bin Nordin di kalangan orang yang beriman. Hari-hari saya sedekahkan al-fatihah untuk awak,hari-hari saya minta Allah permudahkan urusan awak dekat alam tu tapi saya tak boleh janji yang segala doa itu sampai.Awak tunggu saya taw,nanti saya datang dekat RUMAH BARU awak.Awak tunggu taw,tunggulah saya sampai saya betul-betul sedia,sampai ajal saya tiba,sampai malaikat mencabut nyawa saya. Ya Allah sesungguhnya orang yang meninggal pada hari mulia yang itu jumaat akan terlepas pada azab kubur.Awak okay kan dekat situ?Ramaikan kawan awak.
7/6/2013 - Jumaat. Saya akan ingat tarikh ni sampai bila-bila.Saya sayang awak tapi Allah lebih menyayangi awak.Terima kasih Ya Allah kerana engkau sempat mempertemukan aku dengan dia.Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya,awak akan tetap jadi sebahagian dalam hidup saya.Awak akan tetap ada di hati saya.Awak akan tetap menjadi biskut beras saya selama-lamanya :')
Al-fatihah to Almarhum Muhammad Akhmal Bin Nordin,semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
The End

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.jpg)









About The Bwincess
